aku parah aku pasrah kah kah kah

berhari hari aku nak login tapi gagal , kenapa sebab aku lupa pswd,.. tapi aku telah buktikan yang aku boleh masuk pada malam nih ,... setelah sekian lama kah kah kah kah aku mencuba tanpa lelah

membesarkan tapak projek

ASSALAMUALAIKUM

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung blog keliworld. Syarikat kami didaftarkan di bawah nama GERBANG BISTARI ENTERPRISE. Syarikat kami menjalankan aktiviti perniagaan menternak dan menjual keli hidup. Kami menternak ikan keli dengan menggunakan sistem kanvas. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang ke tapak kami dan melihat sendiri tempat penternakan ikan keli kami.
Antara perkhidmatan yang kami jalankankan adalah :
1) Menjual ikan keli hidup
2) Khidmat nasihat
3) Kursus penternakan dan pembenihan ikan keli
4) Lain-lain

HAYATILAH KEINDAHAN ALAM

video

MENGENAI KAMI

Objektif penubuhan syarikat kami adalah untuk menerokai bidang baru yang berpotensi iaitu bidang yang berkaitan dengan perikanan. Ini kerana sehingga kini data yang dikeluarkan menunjukkan kurang dari 5% pengusaha di seluruh negara yang menceburkan diri dalam penternakan ikan keli secara komersial dan hanya 12% sahaja keperluan ikan tilapia yang dapat dikeluarkan untuk keperluan negara untuk setahun.
Kami juga berharap dapat menceburkan diri dalam pengeluaran produk hiliran dan makanan yang berasaskan perikanan di masa hadapan. Ini seperti pengeluaran keli salai, ikan segera sejuk beku, keli dalam tin, keropok, produk pekasam dan sebagainya. Selain itu kami juga berharap dapat mengeluarkan sendiri makanan ikan iaitu pelet kami sendiri dan membantu dalam pengurangan kos operasi di samping mempelbagaikan jenama makanan ikan yang terdapat di pasaran terutama bagi keluaran bumiputera yang halal, suci dan bersih.
Kami berharap dengan penglibatan kami sebagai ahli baru dalam komuniti perikanan ini dapat membantu dalam menghasilkan keperluan makanan negara dan seterusnya dapat membantu merangsang ekonomi negara.

HORMON PEMBENIHAN IKAN

Kami menjual hormon pembenihan ikan jenama KEDOM+MSW. Hormon KEDOM+MSW ini telah digunakan secara meluas oleh ramai penternak ikan dan hasilnya juga memberangsangkan. Boleh digunakan untuk berbagai jenis ikan. Terbukti berkesan !
100% Bumiputera !!

SET PENTERNAKAN KELI DALAM POLYTANK

TANGKI POLYTANK BIRU BULAT

TANGKI RAS ( FILTER TANK )
LAYOUT PENTERNAKAN DALAM POLYTANK

Sila klik di gambar untuk resolusi yang lebih jelas

Kami menjual sistem tangki polytank. Kami akan bekalkan :

1. 5 set tanki polytank saiz ( 7'diameter x 3'tinggi ) beserta sistem perpaipan yang lengkap

2. Set tangki RAS/filter beserta bahan penapis yang mencukupi

3. Bangsal net( perteduhan 80% cahaya ) untuk penternakan. ( tiang simen )

4. 25 000 ekor anak benih 3 inci.

5. 2 buah pam air.

6. Bekalan pellet dan EM untuk 1 kali tuaian ( 1 kitar penternakan )

Untuk setiap tangki bagi 1 kitar penternakan kami bekalkan :
Pellet 1 - Starter : 3 beg
Pellet 2 - Grower : 3 beg
Pellet 3 - Finisher : 2 beg
TOTAL : 40 beg pellet ( 20 KG )
HARGA RM 21,500
bagi 5 set tangki polytank spt di atas ( siap pasang )
Set 1 tangki sahaja RM 6000 ( siap pasang )
Anda akan dibekalkan:
1. Tangki RAS beserta bahan yang diperlukan secukupnya & EM
2. 5000 anak benih keli 3 inci
3. 3 beg pellet starter, 3 beg grower dan 2 beg finisher.
4. 1 tangki polytank bulat diameter 7 kaki kali 3 kaki tinggi beserta sistem perpaipan.
5. 2 buah pam air.
Sesiapa yang berminat sila hubungi kami untuk maklumat lanjut