Kami juga berharap dapat menceburkan diri dalam pengeluaran produk hiliran dan makanan yang berasaskan perikanan di masa hadapan. Ini seperti pengeluaran keli salai, ikan segera sejuk beku, keli dalam tin, keropok, produk pekasam dan sebagainya. Selain itu kami juga berharap dapat mengeluarkan sendiri makanan ikan iaitu pelet kami sendiri dan membantu dalam pengurangan kos operasi di samping mempelbagaikan jenama makanan ikan yang terdapat di pasaran terutama bagi keluaran bumiputera yang halal, suci dan bersih.
Kami berharap dengan penglibatan kami sebagai ahli baru dalam komuniti perikanan ini dapat membantu dalam menghasilkan keperluan makanan negara dan seterusnya dapat membantu merangsang ekonomi negara.